Nota ringkas untuk tajuk LUKISAN untuk SPM
1. Lukisan merupakan satu hasil seni yang dihasilkan di atas suatu permukaan yang rata
2. Bahan-bahan yang biasa untuk menghasilkan sesebuah lukisan ialah media kering seperti
pensel, arang, pen, pensel warna, pen teknikal, pastel, dakwat hitam dan sebagainya
3. Lakaran adalah peringkat awal sebelum sesuatu hasil lukisan dibuat
4. Lukisan terawal di Malaysia dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun, Perak yang dihasilkan pada Zaman Batu.
5. Kebanyakkan lukisan Zaman Batu menggambarkan perasaan dan aktiviti harian
6. Langkah-langkah menghasilkan lukisan:
a) Pengamatan pada objek
b) Lakaran struktur garisan
c) Menghasilkan bentuk objek
d) Menyusun atur objek
e) Penggunaan perspektif
f) Penggunaan cahaya
g) Penggunaan ruang
7. Teknik-teknik lukisan
a) Teknik garisan silang
b) Teknik garisan selari
c) Teknik garisan berombak
d) Teknik garisan menyilang
e) Teknik garisan kontur
f) Teknik garisan lorek
g) Teknik garisan gosok
Perspektif dalam lukisan:
a) Perspektif merupakan satu teknik yang penting dalam menghasilkan lukisan
b) Perspektif dapat membezakan warna dan saiz dari pelbagai sudut pandangan.
c) Perspektif boleh dikelaskan kepada perspektif satu, dua dan tiga titik lenyap
d) Garisan horizon merupakan garisan melintang yang dikenali dengan garisan aras mata atau garisan kaki langit
e) Titik lenyap akan berada di atas garisan horizon ini.
MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020
4 years ago