Nota ringkas Catan (Seni Halus)...SPM
1. Catan adalah proses menggambar dan menggunakan warna untuk disapu di atas permukaan yang rata
2. Melalui aktiviti mewarna, seseorang itu dapat meluahkan perasaanya dengan merakamkan sesuatu gambaran dalam bentuk imej.
3. Nama pelukis terkenal Malaysia ialah Abdullah Arif, Yong Mun Seng, Latif Mohidin, Ibrahim Hussein, Ahmad Khalid Yusof, Ismail Mustam dan ramai lagi.
4. Sejarah awal catan bermula pada dinding gua. Mereka menggunakan pelbagai jenis bahan seperti tanah, lemak haiwan, putih telur atau tumbuh-tumbuhan.
5. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat catan seperti cat air, cat poster, cat minyak, cat tempera/cat arkrilik dan fresko.
6. Dalam menghasilkan catan, terdapat penggunaan teknik yang lain. Campuran bahan-bahan lain seperti penggunaan lilin, pemadam, garam, berus gigi dan sebagainya. Campuran bahan-bahan tersebut akan memudahkan lagi penghasilan sesuatu catan.
7. Sejarah catan melalui banyak pendekatan dan zaman:
a) Zaman Prasejarah dan catan purba
b) Zaman Pertengahan
c) Zaman Renaissance
d) Baroque
e) Neo-Klasikal
f) Non- Romantik
g) Impressionisme
h) Gerakan Post-Impressionisme
i) Kiubisme
j) Ekspressionisme
k) Post-Ekspressionisme
l) Futurisme
m) Dadaisme
n) Surealisme
o) Seni moden (Seni Pop dan Op)
MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020
4 years ago